Wednesday, November 12, 2008

Cerpen



So, nampak gayanya i kena juga tulis blog dlm b.m hasil daripada rungutan pelbagai pihak..huhu..untuk itu, i tryla tulis satu cerpen untuk menguji sejauh mana kehandalan i dlm bidang penulisan kreatif ni..cerpen ini akan dibahagikan kpd beberapa bhgn..untuk permulaan ni inilah yg dapat i beri..tajuk cerpen ni: "Pelangi Petang"..

Petang tu aku masih lagi di sini, terbaring di sofa panjang yang tidak empuk, sambil mengharap hembusan angin dari celah kaca tingkap rumahku. Ini bukan rumah aku pun. Ini rumah ayahku yang dibina hasil kerja keringatnya selama puluhan tahun. Walaupun tidak segah rumah ketua kampung yang dilengkapi sistem home theater yang canggih tu, tapi aku selesa di sini. Aku telah membesar di sini, dan aku tahu segenap ruang di rumah ini. Di mana tempat yang sesuai untuk tidur di waktu tengahari, ataupun di mana hendak bersembunyi ketika mak aku sedang mencari untuk menyuruh aku ke kedai. Aku tahu semuanya.

Aku masih lagi kepanasan. Fikiranku bercelaru. Aku masih lagi tidak dapat menangkap rasional kenapa Roha meminta untuk berpisah denganku. Aku masih lagi teringat petang itu. Kami sedang dalam perjalanan menuju ke bandar A untuk membeli sesuatu sempena harijadi adik Roha. Suasana di dalam bas henti-henti yang kami naiki itu agak lapang. Mungkin masa itu cuaca masih panas, fikirku. Orang biasanya malas hendak ke bandar masa panas begini. Cuma yang ada hanyalah seorang makcik berbaju kurung sedang menggendong anak kecilnya. Konduktor bas pun sedang keboringan, mungkin sedang memikirkan hasil pulangan hari itu yang aku rasa tidak seberapa. Seingat aku, pendapatan seorang konduktor bas ini bolehlah dianggap lumayan, kalau tahu caranya. Bayangkan, merekalah yang memungut hasil tambang 50 sen seorang, tanpa tiket sebagai bukti. Itu belum dicampur wang makan, dan gaji bulanan. Patutla, setiap kali aku turun ke bandar, pasti aku dapat melihat konduktor bas yang aku naiki ini akan dikelilingi oleh beberapa orang aweks. Mau tambang free la tu, fikirku lagi. Dan tempat pertemuan mereka pastinya di restoran makanan segera di bandar A ini.
Sudah jauh aku melamun. Lagu Misteri Mimpi Syakilla ini benar-benar menghanyutkan aku dari Roha, yang berada di sebelahku.

“Am, aku rasa baik kita putus saja”, suara Roha mengejutkan aku.

“Apa? Apa yang Roha cakap tadi?”

“Sori, Am tak dengar.” Aku bertanya dalam kebingungan.

“Kita putus Am”, Roha bersuara sambil menjeling ke arahku.

“Kenapa tiba-tiba ni?” aku cuba untuk mencari kepastian.

“Apa salah Am?”
“Roha ada orang lain ke?” suaraku agak keras bertanyakan Roha.

“Sebab Am terlalu baik buat Roha”.........

“Aku terlalu baik buatnya”. Itu yang aku tidak faham sampai ke hari ini. Salahkah kalau seorang lelaki itu seorang yang baik. Fikiran inilah yang membuat aku bertambah kepanasan di sofa ini. Angin pun seperti enggan datang dan menyejukkan aku.

“Arghhhh......”. Aku tiba-tiba mendengus dengan kuat.

“ Ha! Apa yang kau denguskan tu Am?”

Alamak, aku tidak sedar, rupa-rupanya mak aku tengah berbaring di ruang tamu.

“Emm, maaf mak. Am penat sebenarnya”. Aku cuba memberi helah.

“Kau ni dah sembahyang Zohor ke belum?” mak aku menyoal lagi.

Mak aku ni, walaupun agak garang padaku, tapi dialah satu-satunya orang yang paling aku sayang. Walaupun waktu kecil dulu aku selalu di hujani dengan cubitan mahupun pukulan berkat kenakalanku, tapi aku tetap sayang mak aku. Dan kadang-kadang aku selalu mengharap agar biarlah aku yang mati dulu sebelum mak aku. Aku tidak sanggup menerima hakikat yang aku akan kehilangan mak kesayangan aku ini. Ayahku pula seorang yang agak pendiam, tetapi tegas. Aku sentiasa menjadikan ayahku sebagai contoh yang bakal aku ikuti bila aku meningkat dewasa nanti. Walaupun hanya bekerja sebagai pemandu teksi, tetapi dia dapat menanggung kami 7 adik beradik.

“Dah tadi mak. Lepas azan je, terus Am sembahyang”. Aku meyakinkan mak aku, sambil tanganku laju mengipas-ngipas mukaku dengan surat khabar.

Mak aku hanya menjeling dan terus menyambung tidur petangnya. Aku juga yang masih terkebil-kebil kepanasan memikirkan kisah aku dengan Roha.


bersambung....

6 Comments:

  1. tqa said...
    hullo sir
    i think it's ok if u wanta write in eng..
    (dis is ur blog nway..)
    hehehe


    well,..
    dis cerpen wud make me flagged ur blog as a must-read
    :)

    slmt berkarya!
    (",)v
    mattvandecro said...
    thx for ur support..:)ni yg bwat smngt ni..huhu
    JRY The Boonto said...
    ala c tqa, mentang2 amik tesl..haha..

    xpa sir, our blog is like our home, so, lantaklah mau tulis pa, who cares..haha..

    best ar cerpen.Bleh jadi novelis sda ni..

    Yes, Dis blog musbe flagged as a must-read blog.hehe

    mesti kenak promote blog sir ni.. nnt saya bantu..haha
    JRY The Boonto said...
    Uina sir, babak pertama sudah ada unsur suspen. ingat kan betul sda mau pisah..keh3
    mattvandecro said...
    skill ja bah tu jry..there'll be more suspense moments coming your way;;
    tqa said...
    "skill ar...."
    sir suka ckp mcm tu dlu. haha..


    *unsur flashback.LOL

Post a Comment