Saturday, December 6, 2008
السلام عليكم Isnin ni (10 zulhijjah - 8 Disember)semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha yang juga dikenali sebagai raya haji ataupun raya korban. Apapun gelarannya, selalunya raya ni tidaklah semeriah raya puasa atau raya aidilfitri. Biasanya, kuih atau lauk pun taklah banyak. Yang banyak cuma daging korban yang disedekahkan. So, selalunya saya sendiri pun akan muakla memakan daging2 ni semua setiap kali menyambut raya korban. Tapi yang penting untuk kita fikirkan ialah apakah signifikan ibadah korban tu di dalam kehidupan seharian kita umat Islam ni. Dan bagi yang mempunyai saudara mara terdekat yang sedang menunaikan ibadah haji di Mekkah sekarang ni, tentunya sambutan raya haji ni lebih2 lagi tak meriah. Yang penting doakan saja agar mereka kembali dengan membawa haji yang mabrur dan bukannya pulang membawa terlalu banyak ole2 dari Mekkah. Saya sendiri pernah menerima teko yang dibawa oleh jemaah haji dari Mekkah ni. Teko tu memanglah cantik tapi selepas dibelek2, ianya Made in China..so, entahlah..Lu pikirla sendiri..kalau air zam2 tu lainlah ceritanya..akhir kata, Salam AidilAdha buat semua especially kepada semua my students,ex-students, friends and families. Semoga terus menjadi insan yang lebih baik daripada semalam..