Saturday, May 16, 2009

Happy Teachers Day

Hari ini,16 Mei 2009, hari untuk merayakan semua guru. Setelah 9 tahun bergelumang di dalam profesion keguruan ni, banyak pahit manis yang telah dilalui menderu meniti di minda kenangan pada setiap hari yang diharungi sebagai seorang guru.

Bergelar guru membuka pintu untuk aku menjadi orang yang lebih sabar. Terlalu banyak peristiwa yang seakan hampir dapat menggoncang kantung kesabaranku. Seakan pecah berguguran rantai sabar yang mengikatku tatkala ada murid yang berlaku kurang ajar, menempelak tindakanku ke atasnya. Sabarku juga pasti akan dijolok keras dengan kerakusan sesetengah rakan sependidik yang seperti mahu menekanku untuk terus maju di dalam profesion yang mulia ini. Istilah gunting dalam lipatan, api dalam sekam seolah begitu sinonim dengan tugasan harianku setelah hampir sedekad ku mengabdikan diri dengan title seorang guru.

Namun, apa yang pasti, life goes on..So, i wish all my fellow comrades a happy teachers day..May Allah bless all of us..dan jadilah pendidik demi Allah dan negara.

0 Comments:

Post a Comment